KEJOHANAN VARSITY TRACK & FIELD (VTF 1) 2025 | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)

KEJOHANAN VARSITY TRACK & FIELD (VTF 1) 2025

Pingat Gangsa untuk UPMKB!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Harresh A/L Ramesh Kumar daripada Bacelor Sains Bioindustri Semester 2 UPMKB telah menyumbangkan 2 pingat gangsa buat UPM khasnya dalam kejohanan Varsity Track & Field (VTF 1) 2025 pada 25 - 27 April 2025 di Kompleks Sukan Kluang Johor.

Beliau merupakan satu-satunya pelajar daripada UPMKB mewakili UPM ke kejohanan ini dalam acara 5000m dan 10,000m masing-masing mendapat pingat gangsa. Rekod pencapaian beliau adalah seperti berikut:

5000M
17:36.90s
10,000M
35:37.55s

Kejohanan ini merupakan pengalaman kali kedua buat beliau dan akan membaiki prestasi pencapaian beliau pada VTF sesi ke-2 2025 pada bulan Jun nanti. Tahniah dan syabas diucapkan lagi.

Date of Input: 06/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (12:40:39pm-12:45:39pm, 01 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]