KUMPULAN NADA UPMS JOHAN PERTANDINGAN NASYID IFEST | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) 127

KUMPULAN NADA UPMS JOHAN PERTANDINGAN NASYID IFEST

BINTULU: Kumpulan NADA Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dinobatkan sebagai johan pertandingan nasyid kategori terbuka Festival Kesenian Islam (iFEST) 2025 Edisi Ke-3 di Dewan Sri Kenyalang UPMS malam tadi.

Pertandingan sempena iFEST yang berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos itu menyaksikan kumpulan terbabit berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi serta sijil penyertaan.

Menyandang naib johan pula ialah kumpulan Soutul Falihin dan tempat ketiga diraih kumpulan Soutul As-Syifa yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,300 dan RM1,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Penyampaian hadiah sempena penutupan rasmi iFEST 2025 itu telah disempurnakan Pengarah UPMS Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini.

iFest 2025 merupakan anjuran UPMS dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP).

Ia turut menyenaraikan beberapa acara lain antaranya solat dhuha, tilawah al-Quran, Pertandingan Nasyid Kontemporari, syarahan agama, bercerita, penulisan khat, memanah, Forum Perdana dan dakwah.

Date of Input: 12/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (10:54:02pm-10:59:02pm, 06 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]