KURSUS PENGHASILAN MAKANAN IKAN BERFORMULASI (ZON BORNEO) | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

KURSUS PENGHASILAN MAKANAN IKAN BERFORMULASI (ZON BORNEO)

Bintulu, 25-27 Jun 2024, Telah berlangsung Kursus Penghasilan Makanan Ikan Berformulasi (Zon Borneo) selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Jun 2024 bertempat di Hotel Golden Bay, Bintulu.

Kursus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang kaedah penghasilan makanan ikan untuk peningkatan hasil ternakan ini telah disertai oleh seramai 36 orang peserta dari LKIM Negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

Ceramah kursus telah disampaikan oleh Dr. Kamil bin Latif dan Dr. Wan Zabidi bin Wan Morni, Pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Diharapkan program perkongsian ilmu sebegini dapat diteruskan dalam memperkukuhkan rantaian bekalan ikan dan memastikan kerterjaminan makanan negara.

Date of Input: 02/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (06:02:24pm-06:07:24pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]