MAHASISWA UPMS JAYAKAN PROGRAM JIWA PUTRA PERKUKUH HUBUNGAN UNIVERSITI - KOMUNITI | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) 127

MAHASISWA UPMS JAYAKAN PROGRAM JIWA PUTRA PERKUKUH HUBUNGAN UNIVERSITI - KOMUNITI

BINTULU, 10 Mei – Seramai 100 mahasiswa Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menyertai Program Jiwa Putra @ Tadika HIKMAH yang berlangsung di Kampung Assyakirin, Bintulu hari ini. Program khidmat masyarakat tersebut mencerminkan komitmen mahasiswa UPMS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat melalui aktiviti berimpak positif.

Pengetua Kolej Sri Rajang UPMS, Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi berkata, usaha menceriakan dan menambah baik persekitaran pembelajaran di Tadika HIKMAH Bintulu mampu mewujudkan suasana yang lebih selesa, ceria dan kondusif untuk perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Menurut beliau, penglibatan mahasiswa dalam program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah turut membentuk sahsiah, kepimpinan serta nilai empati dalam kalangan mahasiswa.

Program Jiwa Putra ini turut dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti melalui semangat kesukarelawanan, kerjasama serta kebersamaan demi kesejahteraan masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial terus diperkasakan demi manfaat bersama.

Date of Input: 22/06/2026 | bashar

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (06:17:44pm-06:22:44pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]