MAJLIS PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN BERSAMA PENGARAH UPMKB | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) 127

MAJLIS PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN BERSAMA PENGARAH UPMKB

Sekitar Majlis Penghayatan Bulan Ramadhan bersama Pengarah UPMKB pada 13 Mac 2025 (Khamis). Memberi peluang berharga untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli Pengurusan UPMKB, Fakulti, dan Institut. Program ini dimulakan dengan perkongsian tazkirah oleh Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMKB mengenai pentingnya bersangka baik, bukan hanya kepada Allah SWT, tetapi juga sesama manusia. Beliau menekankan bahawa sikap yang bersangka baik mampu mengukuhkan hubungan dan mencipta keharmonian dalam sesuatu organisasi.

Dalam perkongsiannya, Profesor Dr. Shahrul turut menyampaikan harapan kepada pemimpin masa depan, khususnya golongan muda, untuk terus memupuk nilai-nilai positif seperti saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Beliau berharap agar mereka menjadi pemimpin yang bijaksana, berintegriti, dan sentiasa menjunjung tinggi nilai kemanusiaan.

Majlis ini diteruskan dengan berbuka puasa bersama dimana memberi peluang kepada semua untuk meraih keberkatan bulan Ramadhan dalam suasana penuh harmoni. Semoga Ramadhan ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua serta memperkukuh ukhuwah sesama insan.

Date of Input: 14/03/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (03:32:16pm-03:37:16pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]