MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI AGRIHUB@MARUDI | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI AGRIHUB@MARUDI

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Yang Berhormat Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kerajaan Tempatan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.76 Marudi, bagi membincangkan cadangan pelaksanaan AgriHub@Marudi.

Pertemuan ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara UPMS dan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa sektor pertanian, khususnya pembangunan industri nanas di Marudi melalui pendekatan berasaskan inovasi, pemindahan ilmu, pembangunan kapasiti petani, kemampanan kewangan serta penerapan teknologi pertanian moden.

Inisiatif AgriHub@Marudi merupakan kesinambungan komitmen UPMS dalam menyokong agenda PUTRA – Pertanian Untuk Rakyat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar, keterjaminan makanan dan pembangunan wilayah yang mampan.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan AgriHub@Marudi demi manfaat masyarakat setempat dan kemajuan sektor pertanian Sarawak.

Date of Input: 02/07/2026 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (04:10:25am-04:15:25am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]