MESYUARAT DAN PENGENALAN KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

MESYUARAT DAN PENGENALAN KONSORTIUM UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

Pada 10 Januari 2025 (Jumaat), UiTM Cawangan Sabah telah menjadi tuan rumah bagi Sesi Mesyuarat dan Pengenalan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).

Majlis ini dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Dr. Shahrulrazid Bin Sarbini, Pengerusi Pengasas KUUB dan Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, serta Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree, Penolong Naib Canselor (Strategik) Universiti Malaysia Sabah.

Turut hadir ialah delegasi daripada UiTM Cawangan Sabah, Universiti Malaysia Sabah, dan ahli Konsortium Universiti Universitas Borneo. Mesyuarat ini bertujuan untuk menerangkan KUUB kepada UiTM dan UMS serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi-institusi pengajian tinggi di Borneo bagi memacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

Borneo Bermartabat

Date of Input: 04/02/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (09:28:08am-09:33:08am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]