PERPUSTAKAAN UPMKB HULUR SUMBANGAN, KEPADA MANGSA KEBAKARAN SUNGAI PLAN | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

PERPUSTAKAAN UPMKB HULUR SUMBANGAN, KEPADA MANGSA KEBAKARAN SUNGAI PLAN

BINTULU: Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Sungai Plan Lot Kidurong di Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Plan Lot semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Projek Infaq Perdana Bahagian Perpustakaan UPMKB Noraini Turky kepada mangsa terlibat dalam musibah tersebut.

Barangan disumbangkan ialah makanan, keperluan bayi, lampin pakai buang, susu, pakaian, kelengkapan sekolah serta alat permainan kanak-kanak yang merupakan hasil pengumpulan barangan Infaq Perdana dan sumbangan peribadi pelbagai pihak.

Ketua Bahagian Perpustakaan UPMKB Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah itu.

Kami terus melaksanakan program tanggungjawab sosial ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan ini, katanya.

Penyerahan barang sumbangan itu diadakan dengan lancar.


Date of Input: 27/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (11:38:11am-11:43:11am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]