PROGRAM FLORA DAN FAUNA 2023 | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)

PROGRAM FLORA DAN FAUNA 2023


NIAH, 13 September 2023 - Telah berlangsung Progam Flora dan Fauna 2023 sempena Minggu STEM di Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok Niah. Program ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk menerapkan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada warga dan komuniti setempat di sekolah tersebut.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norul Izani Binti Md. Allwi selaku Ketua Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB.

Seramai 150 orang yang terdiri daripada delegasi UPMKB, Staf dan Pelajar Sekolah telah terlibat dalam menjayakan program ini. Kehadiran delegasi UPMKB telah disambut baik oleh pihak SK Rancangan Sepupok.

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (05:12:44pm-05:17:44pm, 03 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]