Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Wany Hasrita, atas kesudian beliau menjadi artis jemputan sempena Konvokesyen ke-49 UPM.
Pada Malam Tunas Seni Budaya yang berlangsung pada 31 Oktober 2025, beliau telah mempersembahkan beberapa buah lagu yang memukau hadirin, iaitu:
Canggung
Menahan Rindu
Yang Penting Happy (lagu bonus)
Beliau menghiburkan para graduan dan tetamu dengan dua lagu popularnya, Menahan Rindu dan Cinta Hatiku, yang mencipta suasana penuh emosi dan kegembiraan di dalam dewan. Alunan suaranya yang lembut dan penuh penghayatan menjadi hadiah istimewa buat para graduan yang diraikan atas kejayaan mereka hari ini.
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Wany Hasrita atas persembahan yang menghidupkan suasana serta menyerikan lagi kedua-dua majlis tersebut.
Date of Input: 13/11/2025 | lanz

Institute of Nanoscience and Nanotechnology,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia