TABAH DAN BERDIKARI: INSPIRASI MAHASISWA UPMS, NUR SHARMILA HAIJA | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) 127

TABAH DAN BERDIKARI: INSPIRASI MAHASISWA UPMS, NUR SHARMILA HAIJA

Di sebalik senyumannya di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-49 Sidang 1, tersimpan kisah perjuangan Nur Sharmila Haijal yang cekal melawan kesusahan hidup.

Anak kepada seorang buruh binaan dan ibu yang menjual kuih ini membuktikan bahawa latar belakang keluarga bukan penghalang untuk berjaya. Sejak tahun kedua pengajian, beliau memilih untuk berdikari tanpa pinjaman pendidikan dengan melakukan pelbagai kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan hidup.

Antara pekerjaan yang pernah dilakukan termasuk menjual kuih dan air di pasar ikan, menjadi pembantu katering di majlis luar kampus serta membantu perkhidmatan katering sekolah tahfiz dan hotel tempatan. Walaupun jadualnya padat antara kuliah dan kerja, Sharmila tetap komited terhadap pelajaran dan aktif dalam kepimpinan pelajar sebagai Ahli Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang.

Kisah kejayaan Sharmila menjadi bukti bahawa kesusahan bukan halangan, tetapi pemangkin untuk berjaya. Beliau berpegang pada prinsip bahawa kejayaan adalah hasil usaha tanpa putus asa dan menjadikan ketabahan serta semangat juang sebagai inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus melangkah seiring dengan motto UPM Berilmu Berbakti.



Date of Input: 13/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (11:21:18am-11:26:18am, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]