UPM SARAWAK: PROGRAM PENANAMAN POKOK, SOKONG EKOSISITEM HIDUPAN LIAR | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

UPM SARAWAK: PROGRAM PENANAMAN POKOK, SOKONG EKOSISITEM HIDUPAN LIAR

BINTULU, 12 Dis - Bagi memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan penglibatan komuniti, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) hari ini menganjurkan Tree Planting Program 2025: 1 Team, 1 Vision, 1 Earth.

Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar UPM Sarawak, Prof Madya Dr. John Keen Chubo berkata, program ini bertujuan memelihara biodiversiti dan memperkukuh landskap semula jadi Bintulu melalui penanaman 300 anak pokok daripada tiga spesies Ficus, iaitu Ficus racemosa, Ficus nervosa dan Ficus variegata.

Spesies ini sangat penting secara ekologi kerana menjadi sumber makanan kepada hidupan liar , menyokong biodiversity dan mengukuhkan landskap semula jadi setempat, ujarnya dalam Majlis Perasmian Program Tree Planting Program 2025.

Program berlangsung di kampus UPM Sarawak pagi tadi, disifatkan sebagai satu langkah praktikal dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Inisiatif tersebut selari dengan visi jangka panjang Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA), dalam membangunkan Low Carbon Industrial Hub 2025–2030 serta pemuliharaan alam sekitar sebagai asas pembentukan masa depan Bintulu yang lebih lestari.

Program dilaksanakan melalui kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sebagai penganjur, dengan sokongan penaja Glenealy Plantations Sdn. Bhd dan Harbour-Link Group Berhad, BDA dan Jabatan Alam Sekitar, DOE.

Date of Input: 26/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (04:19:31am-04:24:31am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]