UPMKB DAN BDA BERGANDING BAHU KURANGKAN SISA MAKANAN | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)

UPMKB DAN BDA BERGANDING BAHU KURANGKAN SISA MAKANAN

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bekerjasama menerusi Program Towards Zero Food Waste bagi mencari penyelesaian inovatif dalam pengurusan sisa makanan.

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, menegaskan inisiatif ini adalah langkah penting dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menetapkan penanda aras pengurusan sisa makanan yang mampan di Malaysia.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga menggalakkan kesedaran masyarakat dan industri terhadap kepentingan pengurusan sisa makanan yang lebih cekap.

Date of Input: 24/02/2025 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
X, (11:35:30pm-11:40:30pm, 01 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]