UPMS SOKONG PEMBANGUNAN PERTANIAN MAMPAN DI GEDONG | INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2) ion2

UPMS SOKONG PEMBANGUNAN PERTANIAN MAMPAN DI GEDONG

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus memperkukuh peranan strategik dalam memperkasa sektor pertanian negeri menerusi penglibatan aktif dalam projek pembangunan pertanian di Daerah Gedong, Samarahan.

Antara fokus utama lawatan kerja dan mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Sarawak, YBhg. Encik Dominic Anak Chunggat adalah Projek Penanaman Padi di Lubok Punggor seluas 10 hektar hasil kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan UPMS. Projek ini kini berada dalam fasa pembersihan dan perataan tanah sebelum penanaman varieti padi Biris dijadual bermula pada penghujung Mei 2026.

Kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan rakan pembangunan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta memacu pembangunan pertanian mampan di Sarawak.

UPMS berbangga menjadi sebahagian daripada usaha memperkasa inovasi, penyelidikan dan pembangunan komuniti agro lestari demi masa depan yang lebih mampan.

Date of Input: 22/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF NANOSCIENCE AND NANOTECHNOLOGY (ION2)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397693000
0000
W, (04:19:30am-04:24:30am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]