Analisis EDX boleh digunakan untuk menentukan komposisi unsur secara tunggal atau pemetaan taburan unsur pada kawasan pengimejan. EDX ini digabungkan dengan FESEM, yang membolehkan analisis unsur dijalankan ke atas kawasan berdiameter sekecil nanometer (nm).
Peralatan ini ditempatkan di Makmal Pencirian yang telah mendapat Pensijilan Sistem Kualiti MS ISO / IEC 17025 bagi kaedah ujian "Qualitative Determination of the Element from Beryllium to Uranium Periodic Table for Solid Materials using FESEM- EDX". Untuk maklumat terperinci, sila rujuk pautan yang disediakan.
Julat bayaran: RM75 - RM273 per sampel.
**Tertakluk kepada terma dan syarat. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai kami di ion2_services@upm.edu.my